About Me :)

My photo
I believe everything happens for a reason :)

Monday 10 February 2014

Kek Batik

Assalamualaikum

Sekarang musim panas aku rase ? dah lama kat tempat aku tak hujan. Sampaikan air pun dah mula nak kena catu -.-' sebab empangan semborang tuh dah mula nak menggering kod ? kod lah ? haha


Aku kekadang excited jugak nak main buat kek nie time pepetang. Tapi aku tak minat sangat kalau nak buat kuih kuih nie. Sebab aku tak suke lah kod ? tapi kalau bab bab makan nie besar tapak tangan, seluas padang bola sepak aku boleh tadahkan. kahkahkah

Petang tadi, memang aku terlebih rajin nak test market buat kek batik. Kau tahu, dulu jiran sebelah bilik aku ade budak terengganu tau. Dye kalau balik dari PB mesti bawak balik kek batik bersama sama dengan dye, menempuhi perjalanan berjam jam lamanya. Kalau dah namanya jiran, kompem lah aku dapat tempias merasanya sekali kan ? Hiks

Kek batik dye memang sedap. Aku setiap kali sebelum pergi sekolah mesti transit kat bilik dye dulu semata mata nak makan kek batik jew dan bukannya nak tanye khabar berita.haha. Nampak benor teruk fi'ilnya. muehahaa. Tapi kan sepakat membawa berkat, hidup berjiran macam omputeh cakap kena lah sharing is caring. bhahahaa


Nak buat kek batik nie, senang jew okey. Kirenya lebih senang lah dari nak hadap paper exam kh ert dulu. wahahaa


Okey, first panaskan 250gram mentega dan 200gram air. Dan kacau sehingga sebati. Tapi bukan minyak dengan air takboleh bergaul mesra kew ? Lol

Lepas tuh, masukkan 50gram milo, 50gram koko, 230gram susu krimer, 140gram gula kastor, 1sudu teh esen vanilla. Rajinkan lah diri kau tuh untuk kacau sehingga rata sebab nak elak daripada milo tuh jadi ketul ketul ? eh berkumpul kod lagi senang citer. hahaa. Agak agak dah takde impurities boleh tuangkan 2biji telur yang dah siap dipukul terlebih dahulu sedikit demi sedikit dengan jayanya. Hiks

Boleh buat excersice tangan dengan mengacau segala jenis bahan yang kau dah campak tadi dalam periuk sehingga jadi pekat. Kemudian boleh masukkan biskut marie yang telah dipatah patahkan. Kalau taknak patah patahkan biskut marie tuh pun takpe kod ? barulah rare ! muehahaha

Lepas gaul lebih kurang, boleh taruk dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk
             
Kek Batik 0_o

Aku kekadang terpikir gak, kenapa nama dye kek batik ? mane ade corak batik ? oh mungkin mase potong tuh, ade nampak corak batik kod ? erk ? kahkahkah


p/s : superman keje part time memang suke tidur ea ? mungkin ? -..-


Saturday 8 February 2014

Ayam Lada Hitam

Assalamualaikum

Hari tuh aku dan akak aku pi tengok citer Robocop, jalan citer dye memang gempak walaupun macam tak real sebab sekarang nie aku tengah konpius antara citer Robocop dengan Elysium -.- Dalam wayang, aku rase citer Robocop tuh memang gempak tapi bile dah habis sambil berjalan menuju ke kereta aku fikir macam tu jew cerita dye ? mungkin tuh perasaan biase penonton yang macam aku nie ? mungkin ? haha

Aku taknak throwback pasal Robocop sebab aku dah lupe citer dye macam mane. Yang aku ingat hero dye nama Alex Murphy. muehahaa

Kau tahu main masak masak kat dapur mampu menyihatkan tubuh badan secara tidak langsung ? sebab tahap aku berpeluh boleh dikira macam orang yang pi riadah tetiap petang.kahkahkah. Tapi dalam masa yang sama mampu menaikkan berat badan kau dalam sekelip mata. Yelah kalau dah masak, confirm lah nak merasa air tangan bermandikan peluh sendiri, iyedok ? Hiks

Aku throwback mase aku masak ayam lada hitam hari tuh. Macam biase lah dengan berpandukan buku resepi segalanya akan menjadi mudah dan senang ibarat orang yang berjalan menggunakan kasut roda. mungkin ?
           

 

Aku suke lah jugak ayam lada hitam nie sebab aku selalu makan kat DS dulu. Sekarang nie aku rase semua makanan yang pernah makcik DS masak dulu, semua aku suke kecuali sayur taugeh -,- Selalunya sayur taugeh akan partner dengan ayam masak merah tetiap hari isnin. Dan selalunya jugak aku akan larikan pinggan aku cecepat bile abang kaunter tuh nak taruk dalam pinggan aku. kehkehkeh

Nak masak ayam lada hitam nie as simple as dragonfruit. muehahaha. First tumiskan bawang besar, halia, bawang putih yang dimayang halus. Agak agak kalau dah bau wangi tuh, kalau tak bau wangi jugak jangan kau seriang hati sembur perfume lak, aku tak berani nak jamin lah apa akan jadi. kahkahkah. Masukan ayam yang dipotong kecil kecil. Kalau nak potong besar besar pun boleh jugak kod. Lagi puas nanti nak mencekik. kihkihkih

Aku baru tahu ayam kalau masak dye akan mengeluarkan air ? aku pada mulenya cuak lah jugak tapi pn ma cakap tuh fenomena biase dan fitrah alam semulajadi. Hiks

Ayam dah masak, nanti boleh masukan 2sudu sos tiram, 1susu kicap pekat, 3sudu lada hitam (ditumbuk), garam dan 1sudu tepung jagung. Tepung jagung nie function dye nak kasi pekat kau punye kuah lada hitam tuh.

Agak agak dah okey, boleh masukan tomato, daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong cantik cantik. kehkehkeh

                                              
menyeramkan (-_-!)

Walaupun nampak macam menyeramkan sikit tapi macam omputeh cakap dont judge book from it's cover. Rasa lagi penting even rupe mainkan peranan utama. muehahaha

p/s : nasi hujan

Thursday 6 February 2014

Ayam Madu

Assalamualaikum

Hari tuh Masterchef All Stars final, Zamir menang kan ? hewhewhew. Jangan risau aku memang sokong Zamir since dye masuk masterchef time season1 lagi. haha. Sesejak dye menang nie, semangat aku nak belajar masak memang berkobar kobar mengalahkan perasaan nak membaja anggur belakang rumah pulak. kahkahkah

Aku kan sekarang tengah berusaha menjadi peladang anggur yang berjaya ._. disamping tuh menjadi chef yang terbilang walaupun hanya mengiktirafkan diri sendiri tapi takpe nak berjaya kena mula dari bawah. mungkin ? -_-

Hari tuh aku try dalam erti kata lain aku cuba masak for lunch dengan ditemani buku resepi yang tebal macam buku rujukan sejarah ditambah dengan desakkan pn ma yang suruh aku belajar memasak ._. Oh takpe ! lama kelamaan aku rase macam seronok pulak main masak masak nie macam time zaman kecik kecik dulu kala amik batu , tumbuk daun blablablabla nostalgia betei (:

Percaye lah, aku dah cuba sehabis baik untuk memasak ayam madu hari tuh. Walaupun tangan aku nie shivering tapi cubaan yang bagus mungkin bagi aku yang baru nak main masak masak nie? kehkehkeh

Dengan berteman kan buku resepi, segala galanya akan menjadi mudah dan senang ibarat kacang goreng. haha

                                                    



BahanA :
4susu makan sos tomato, 1cawan kacang pis, 1labu bawang besar (dimayang kasar), 3sudu makan madu, minyak masak, garam, serbuk kunyit

BahanB (dikisar) :
20tangkai cili kering (aku rase masuk bape tangkai pun tak kesah kod. kahkahkah), 1labu bawang besar, 3ulas bawang putih, 1inci halia (aku masukan sebuku halia pun, macam takde effect jew. muehahaha)

BahanC (menumis) :
1inci kulit kayu manis (aku baru tahu bende alah nie kalau masuk dalam kuali dye akan mengembang ibarat berlaku conduction mungkin ? -_-), 1kuntum bunga lawang, 1biji buah pelaga, 3kuntum bunga cengkih.

Kalau tak tahu macam mane rupe bunga lawang, pelaga,bunga cengkih tuh, jangan risau cik google akan bersedia berkhidmat untuk kite semua pada bile bile masa sahaja. kehkehkeh


First, kunyit kan ayam and goreng sampai masak. Kalau tak masak aku sendiri pun tak berani nak jawab apa kesan kepada pemakan nanti ._. Then masukan bahanC dan tumis sehingga wangi. Kalau tak wangi jugak tuh maybe kau masukan jintan manis kod bukannye buah pelaga. Hiks


Dah wangi secara neutral, masukan bahanB dan kacau sehingga pecah minyak. The final step is masukan ayam, sos tomato and kacang pis pastuh kacau sehingga rata. hihi


                                                    
Ayam Madu ._.

Senangkan ? kalau tak tengok buku resepi sekalipun lalu pejam mata jew kompem boleh masak punye ! haha. Tapi aku ? ohhh, aku kena belajar daripada bawah dengan cara study buku resepi nie, mungkin ? -,-" barulah nanti boleh berperang dengan segala jenis periuk belanga kat dapuq tuh nanti dengan jayanya. muehahahaa


p/s : ayam paprik